,
Laman Utama

Customer Mengamuk Dapat Baju Melayu Salah Warna & Saiz, Wak Doyok; "Tak Puas Hati Datang Sendiri, Buat Apa Viralkan?"

Amri Hassan
18/04/2022
04:25 MYT
Pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok menasihati pelanggan yang membeli baju Melayu jenamanya tidak bertindak keterlaluan dengan menularkan perkara yang tidak sepatutnya di media sosial.
Kata Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42, pelanggan seharusnya bijak dalam membeli dan berurusniaga agar tidak timbul isu kemudian hari.
"Kadang-kadang customer ni, minta baju yang dia pun tak tahu ukur badan dia. Saya dah bagi measurement, tapi dia tak ukur dan mungkin dia ingat baju Melayu sama dengan ukuran baju kemeja.
"Bila dia ambil yang body fitted sikit, itu yang jadi macam tu. Bila dia hubungi HQ, kena tunggu turn sebab terlalu banyak mesej yang masuk.
"Kalau dia tak puas hati dan datang sendiri ke HQ, bawalah jangan nak viralkan," katanya ketika ditemui di butik vendor popular Starvilion Shah Alam baru-baru ini.
Wak Doyok yang hadir untuk mempromosikan happy hour produk baju Melayu keluarannya itu menambah, impak daripada video yang viral itu turut dirasai oleh kedua-dua belah pihak.
"Daripada sudut positifnya, kedua-dua parti ada keuntungan, sales naik, WhatsApp masuk tak henti-henti macam meter air!
"Bahagian dia pula followers naik, saya tengok dari 19,000 sekarang dah 30,000. Engagement dia tinggi, TikTok dia dari 10,000 dah jadi 3 juta views. Dia menang, dia pun berniaga saya pun berniaga buat apa nak gaduh-gaduh.
"Bulan baik settle betul-betul. Sekarang ni platform nak bergaduh semua guna media sosial," ujarnya.
Terdahulu, sepotong video tular di TikTok memaparkan seorang pelanggan lelaki yang memborong baju Melayu Wak Doyok bengang apabila menerima warna dan saiz yang salah.
"Aku tahu baju kau famous, aku pun support baju kau. Kalau bukan sebab sepupu aku di Singapore nak beli, aku pun tak ingin nak pakai.
"Kau tengok apa yang dapat? Aku beli warna lain, yang dapat warna lain. Kau pesan kat staff jangan kurang ajar, kalau orang mesej, reply. Aku customer, aku beli beribu-ribulah bukan seringgit!" kata pelanggan lelaki yang berbaju Melayu hitam itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

"Saya Menjerit, Kemudian..." - Wanita Cerita Detik Cemas Selamatkan Anak Saudara Hampir Diculik!

gempak
23/10/2024
12:30 MYT
Tindakan pantas seorang wanita menarik anak saudaranya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga asing di Kampung Bunga Raya, Rawang pada Selasa.
BorakSeeni