Mahukan hiburan yang menarik sepanjang cuti sekolah ini? Astro menyediakan pelbagai program menghiburkan dari pelbagai variasi genre termasuklah animasi, komedi, fantasi dan edutainment, selari dengan citarasa seisi keluarga, terutamanya segmen kanak-kanak dan awal remaja di saluran Astro Ceria, Xiao Tai Yang, Vaanavil, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Juga nikmati kandungan eksklusif dari ahli keluarga baharu Pek Kanak-Kanak, Boomerang (saluran 619) and Nick Jr. (saluran 617) yang baharu sahaja dilancarkan di Astro! Saluran Boomerang membawakan program-program pebagai generasi seperti Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show dan Barbie Dreamhouse Adventures. Saluran Nick Jr. pula menyediakan program Paw Patrol, Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine dan Blue’s Clues & You, khas untuk anak-anak anda.

Selain itu, terdapat lebih 10,000 episod program hiburan dan edutainment kegemaran anak-anak yang kini boleh distrim di on demand dan Astro GO termasuklah We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Beyblade, Upin & Ipin, Ejen Ali, Adventure Time, The Amazing World of Gumball, Ben 10, Peppa Pig, Lego Friends, Teenage Mutant Ninja Turtles, Bandanamu Kids Songs, Molang, Oddbods, Thomas & Friends, SMK, Omar & Hana, Didi and Friends, The Five Elves, Happy Little Submarines, Motu Patlu, Bahubali, dan banyak lagi!

Astro Ceria (saluran 611 HD dan 631 SD), saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia menyediakan pelbagai kandungan terbaik seperti program edutainment baharu, Geng Gajet, yang menampilkan bakat-bakat muda seperti Lion Chong dan Alif Idham. Program ini bakal bersiaran pada setiap Sabtu, mulai 19 Disember, jam 9 malam!

Selain itu, berhibur bersama Ultraman Galaxy Fight: New Generation Chronicles, 2 ‘melancong’ ke Jepun bersama Tsurupika Hagemaru dan Doraemon, kemudian ke Korea bersama The Tayo Movie: Mission Ace, dan nikmati siri animasi tempatan seperti Didi & Friends, Robozeta dan SMK Animasi. Sambut tahun baru bersama seisi keluarga dengan filem How To Train Your Dragon 2, eksklusif di Astro Ceria pada 1 Januari, jam 9 malam.

Astro Xiao Tai Yang (saluran 304 HD dan 344 SD) pula membawakan pelbagai seleksi program seperti The Five Elves: A New World, Happy Little Submarines: Rainbow Treasure, Adventure of Octopus, dan Magic Box of Time, Gogobus musim ke-2, Happy Friends: Hero Returns, Super Wings musim ke-4 dan Diary of Amos Lee! Pada hujung minggu pula, saksikan Storytelling, Whee Wheels, Lucky Comes with Lion, Katuri musim ke-3, GG Bond: Racing, My Little Monkey King, Make Toys with Carton, dan MOMO Paradise musim ke-12!

Berhibur bersama Astro Vaanavil (saluran 201) dengan program Motu Patlu dan Baahubali the Lost Legends mulai 18 Disember, masing-masing pada jam 6 petang dan 6.30 petang. Mulai 3 Januari, setiap Sabtu dan Ahad pula, nikmati Kalari Kids pada jam 9.30 pagi dan Chota Bheem: Kungfu Dhamaka pada jam 10.40 pagi! Setiap program di atas juga boleh distrim secara percuma di aplikasi Astro GO dan on demand.

Saluran Cartoon Network (615 HD dan 635 SD) pula menyediakan We Bare Bears (jam 4 petang) dan The Amazing World of Gumball (9 malam) pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Juga saksikan program animasi popular Adventure Time, setiap hari, jam 10 malam! Bagi peminat saluran Nickelodeon (616 HD dan 636 SD), jom saksikan SpongeBob SquarePants setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang dan tonton Avatar: The Last Airbender pula pada jam 4 petang! Untuk hiburan hujung minggu pula, saksikan Lego Friends setiap Sabtu dan Ahad, jam 12.30 tengahari.

Istimewa untuk peminat Beyblade, jangan lepaskan peluang menyaksikan program Beyblade Burst Turbo, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi di saluran Disney XD (612 HD) sebelum penutupan saluran ini pada 31 Disember 2020.