Berita

“Daddy Mungkin Bukan Ayah Yang Baik…”- Fizi Ali Kesal Sebab…

gempak
Syafiqah Jalal
21/08/2020
06:26 MYT
Sponsor Banner
“Daddy Mungkin Bukan Ayah Yang Baik…”- Fizi Ali Kesal Sebab…
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anaknya, Ameena Sofia bersama ibu mertuanya selepas tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.
Menurut Fizi, sepatutnya dia yang menjaga anaknya itu kerana isterinya, Shakila Khoriri kini menjalani penggambaran di Melaka.
“Daddy (Fizi) minta maaf Ameena. Daddy tak ada waktu awak perlukan. Daddy mungkin bukan ayah yang baik untuk awak. Daddy patut jaga awak tapi Daddy pula masuk hospital.
“Nasib baik ada @radziah_matt tolong jagakan..kalau tak tau la macam mana..,” katanya.
Fizi meluahkan rasa sedihnya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fizi memuat naik video dia dan anaknya sebelum dimasukkan ke hospital.
Fizi memberitahu Ameena amat merindui ibunya dan sedih apabila terpaksa menghantar anaknya ke rumah ibu mertuanya.
“Video ni daddy rakam sebelum masuk hospital yang awak macam rindu umi sangat kan..
“Daddy suruh awak sabar akhirnya Daddy yang tak sabar masuk hospital..Maybe sekarang ni awak kecil lagi awak tak faham..
“Semalam bila hantar awak,muka awak sedih sangat, macam dalam hati cakap kenapa daddy ni nak tinggalkan Ameena.
“Tak apa, nanti awak dah besar sikit awak tengok post ni ya. Nanti awak faham..,” katanya lagi.
Sementara itu Fizi meminta agar semua mendoakan kesihatannya supaya segera sembuh.
“Doakan saya cepat sembuh. Boleh jaga Ameena balik. Tapi apa-apa pun alhamdulillah urusan daddy dipermudahkan,” katanya lagi.
Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang berusia setahun.
daddy mintak maaf ameena..daddy tak ada waktu awak perlukan..daddy mungkin bukan ayah yang baik untuk awak..daddy patut jaga awak tapi daddy pulak masuk hospital..nasib baik ada @radziah_matt tolong jaga kan..kalau tak tau la macam mana..video ni daddy rakam sebelum masuk hospital yang awak macam rindu umi sangat kan..daddy suruh awak sabar last2 daddy yang tak sabar masuk hospital..maybe sekarang ni awak kecik lagi awak tak faham..semalam bila hantar awak,muka awak sedih sangat..macam dalam hati cakap kenapa daddy ni nak tinggalkan ameena..tak pe nanti awakdah besar sikit awak tengok post ni yea..nanti awak faham..gaiss doakan saya cepat sembuh..boleh jaga ameena balik...tapi apa2 pun alhamdulillah urusan daddy dipermudahkan bila amek insurance dengan @bawang.prudential ..urusan cepat mudah dan dapat bilik untuk sorang lagi..akhirnya tak sia2 bayar insurance selama ni..??
A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live