Gaya Hidup

"Dah 2 Tahun Lif Rosak" - Ustaz Ebit Liew Rayu Mereka Yang Boleh Bantu Baik Pulih Lif Di Flat Jinjang Utara

gempak
Badrul Hashim
06/05/2020
01:45 MYT
Sponsor Banner
"Dah 2 Tahun Lif Rosak" - Ustaz Ebit Liew Rayu Mereka Yang Boleh Bantu Baik Pulih Lif Di Flat Jinjang Utara
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Liew berkongsi pengalamannya mengunjungi Flat Jinjang Utara.
Ternyata dia tidak dapat menyembunyikan kesihan hatinya melihat betapa penduduk di flat tersebut terpaksa turun naik tangga untuk mendapatkan barangan keperluan, mahupun ke tempat kerja dan sebagainya.
"Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14.
Ramai kaum Cina, India, Melayu saya jumpa tadi Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ni naik 14 tingkat dah nak menangis," tulis Ustaz Ebit.
Tambah Ustaz Ebit Liew, turun naik tangga amat memenatkan dan dia tidak tahu bagaimana orang-orang yang sudah berusia yang tinggal di situ melakukannya.
Katanya lagi, sudah dua tahun lif tersebut rosak dan tidak ada yang memperbaikinya.
"Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannyalah. Masa ni seorang kakak Mei yang baik dan seorang abang bantu kami jumpa mereka.
"Beri sedikit barang dapur dan duit belanja. Betul-betul menyentuh hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang," cerita Ustaz Ebit lagi.
Tambahnya lagi, ianya bukan soal bantuan tetapi lebih kepada rasa disayangi dan diambil berat.
"Dulu masa saya susah ada orang bagi RM2, saya masuk tandas tengok duit dan menangis. Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis.
Sedih masa pergi ke flat Jinjang Utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 14. Ramai chinese, india, melayu saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada yang tinggal seorang diri. Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ni naik 14 tingkat dah nak menangis. Penatnya sakit kaki turun naik. Turun naik. Macam manalah orang tua-tua ye. Dah 2 tahun lif rosak. Betul-betul kasihan dan sedih rasa. Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannya lah. Masa ni seorang kakak Mei yang baik dan seorang abang bantu kami jumpa mereka. Beri sedikit barang dapur dan duit belanja. Betul-betul menyentuh hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang. Bukan bantuan itu. Tapi rasa disayangi dan diambil berat. Dulu masa saya susah ada orang bagi rm2 saya masuk tandas tengok duit dan menangis. Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis. Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya. Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua oku, warga emas, ibu tunggal di tempat begini dapat dibantu. Pertubuhan Kasih Umat Malaysia cimb 8603546376
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
"Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya. Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua OKU, warga emas, ibu tunggal di tempat begini dapat dibantu.
Anda juga boleh membantu dengan menghulurkan bantuan kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia menggunakan akaun Bank CIMB 8603546376.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live