Skip to main content

Rancangan Realiti

“Dah Buat Terbaik Pun Orang Tak Nampak” - Netizen Kata Persembahan VOICES Hambar? Ini Komen Shiha Zikir

shiha-mls.jpg
Anggota kumpulan Voices, Shiha Zikir akui berpuas hati dengan persembahan mereka walaupun tersingkir di peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).
 
Menurut Shiha, kumpulannya sudah memberikan yang terbaik namun rezeki tidak berpihak kepada mereka.
 
“Tak baiklah kata mula-mula nampak best lama-lama prestasi merudum. Sebenarnya setiap minggu kami buat yang terbaik.
 
“Cuma yang membezakannya adalah tema lokasi yang berbeza setiap minggu mungkin menyebabkan kekangan dari segi idea.
 
“Bila saya sendiri berada dalam bidang komedi ini, saya sendiri tahu betapa susahnya kita nak buat orang terhibur.
 
“Rezeki tidak berpihak pada kami dan mungkin juga jalan cerita kumpulan lain lebih menyerlah berbanding kami,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
 
Mengulas mengenai dakwaan netizen terhadap persembahan mereka yang dikatakan hambar, ini jawapan Shiha.
 
“Mereka hanya mahukan lawak tetapi mereka tidak nampak usaha kami dibelakang tabir.
 
“Tidur hanya beberapa jam sehari, jumpa setiap hari walaupun masing-masing ada komitmen lain tetap kami berikan yang terbaik.
 
“Sebagai manusia biasa adalah juga rasa ‘down’. Kadang-kadang kita dah buat yang terbaik pun orang masih tak nampak usaha kita.
 
“Saya tak boleh nak komen apa, pada saya itulah lumrah sebagai selebriti. Nak tak nak kita terima sahaja.
 
“Tak mengapalah, janji saya tahu kami dah berikan yang terbaik. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang memberikan komen.
 
“Tidak kira sama ada positif atau negatif, itu tandanya orang nampak kumpulan kami, terima kasih sekali lagi kerana menyokong Voices,” jelasnya.
 
Minggu separuh akhir menyaksikan Voices yang dianggotai oleh Shiha, Chiwan dan Sharif Zero tersingkir dengan peratusan markah kedua terendah iaitu 43.41%.
 
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
 
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com

Must-Watch Video

Advertisement