Berita
"Dah Genap 3 Tahun Rupanya Hidup Berdua"- Bekas Isteri Ally Iskandar Luah Tak Pernah Menyesal
Bekas isteri pengacara televisyen Ally Iskandar, Farah Lee memberitahu, dia tidak pernah menyesal dengan kehidupan yang dilaluinya pada hari ini sebagai ibu tunggal.
Sebaliknya, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 30, berkata, dia sentiasa menghargai insan yang datang dan pergi dalam hidupnya.
"Pejam celik dah genap tiga tahun rupanya Farah dan Maream hidup berdua. Alhamdulillah. Bukan perjalanan mudah, tetapi penuh dengan hikmah.
"Tak pernah sekali pun Farah menyesal dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, Farah bersyukur dengan setiap liku dan bucu. Farah hargai mereka yang hadir dan pergi sepanjang itu," tulisnya di Instagram.
Farah turut berkongsi foto terkini dirinya bersama satu-satunya permata hatinya, Maream Esabell, 5, yang kini sudah setahun berhijrah di United Kingdom.
Kongsi Farah lagi, apa yang berlaku pada masa lalu telah menjadikan dirinya yang ada pada hari ini.
"Sejarah lalu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya. Saya tidak akan lupakan apatah lagi untuk menyesalinya. Adakalanya, saya mengimbau masa lalu, untuk elak saya daripada melakukan kekhilafan yang sama," tulisnya.
Farah yang juga selebriti media sosial itu mendirikan rumah tangga dengan Ally pada 20 Januari 2012 sebelum berpisah pada Ogos 2016.
Sejak perceraian itu, Farah masih kekal menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, manakala Ally sudah menamatkan zaman dudanya pada Jun lalu.
Must-Watch Video