Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mengimbau memori duka kehilangan ibu yang tersayang sejak 10 tahun lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aeril berkongsi sepotong video yang menceritakan kenangan bersama arwah ibunya.

Menurut Aeril kenangan dan memori sewaktu bersama ibunya akan tersemat dalam hatinya buat selama-lamanya.

"Dah hampir 10 tahun beraya tanpa ibu. Al-Fatihah buat mereka.

"Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu.

"Wishing all the mum, Happy Mother’s Day," tulisnya.

dah hampir 10 tahun beraya tanpa ibu.. al-fatihah buat mereka... Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu Wishing all the mum, Happy Mother’s Day ? @XiaomiMy #RedmiNote7 #48MforEveryMOM #XiaomiMy

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Aeril dan turut berkongsi kisah mereka kehilangan orang tersayang.

"@aiman_wafir_77:Saya faham perasaan seseorang bila kehilangan orang yg tersayang sama macam saya baru sahaja kehilangan mak saya pada tahun ni saya rasa sedih pada mulanya tapi saya tetap tabah demi meneruskan hidup saya yang hampir tiada makna."

"@rebecca_arin: Moga sentiasa sayang dan hargai Wawa tak kira apa pun ujian. Moga jodoh kekal sampai Syurga. Maaflah komen macam ni tapi sebab kerap terjumpa suami lupa pengorbanan isteri yang juga ibu bila jumpa orang lain."

"@zahirah_eim: Memang sedih bila kehilangan orang yang tersayang terutama mak dan ayah, tapi setiap yang hidup pasti akan mati."


Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.