gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
BERITA
Sami Diburu Dipercayai Cabul Pelakon Tempatan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Dah Lama Sangat Tak Jadi Diri Sendiri,” - Remy Ishak Ambil Masa Untuk Berehat Dari Dunia Lakonan

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
14/09/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Dah Lama Sangat Tak Jadi Diri Sendiri,” - Remy Ishak Ambil Masa Untuk Berehat Dari Dunia Lakonan
Gara-gara memegang pelbagai watak, pelakon Remy Ishak mengakui dia berasakan dirinya kini sudah hilang dan perlu berehat dari dunia lakonan buat sementara.
Remy menerusi TikTok Live bersama isterinya, Ezza Yusof, berkata dia ingin mengambil masa untuk mencari kembali dirinya yang sebenar.
“Buat masa sekarang saya berehat dari dunia lakonan. Dah lama sangat tak jadi diri sendiri. Saya pun dah jadi keliru, saya ini apa sebenarnya.
“Saya pun dah lupa hobi saya, lupa apa yang saya suka buat… rasa hilang sebab pegang macam-macam watak. Jadi macam, diri sendiri hilang sebab jadi orang lain.
“Sekarang nak relax kejap, jadi diri sendiri, orang kata tempoh meditasi. Sebelum ini saya macam back to back (berlakon), jadi saya macam tak kenal diri sendiri pula,” kata Remy.
Ruang komen di TikTok Live itu juga dipenuhi dengan pertanyaan daripada netizen mengenai penampilan Remy kini yang berambut panjang.
Menurut isterinya, penampilan itu disebabkan Remy baharu saja selesai menjalani penggambaran sebuah filem yang tidak dinyatakan tajuk.
“Abang Remy baru saja selesai penggambaran filem, sebab itu rambut dia panjang macam ini,” kata Ezza.
Untuk info, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza yang juga seorang usahawan pada 21 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Remy Ishak
#.
#Remy
#Remy berehat
#Remy diri sendiri
#Remy dunia lakonan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement