,
Viral

Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Cupcake Aisyah Buka Mulut Mengenai Nana - “Saya Hormat Keputusannya…”

Gempak
06/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah akhirnya berbicara mengenai kisah sebenar yang berlaku antara dia dan sepupunya, Nana.
Menerusi video terkini yang dimuat naik di Youtube, Aisyah menjelaskan yang tiada sebarang pergaduhan yang berlaku antara mereka berdua, memandangkan Nana atau nama sebenarnya Ilya Farhana mahu memberi fokus terhadap diri sendiri bermula tahun ini.
“Kita tidak bergaduh, tiada sebarang pertengkaran, tiada. Nana memilih untuk fokus terhadap dirinya tahun ini selain memberi perhatian kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Tentang Nana

“Orang tanya gaduh ke tak? I physically cannot hate her. Macam mana pun saya cuba, saya tidak boleh membenci dia. Saya saya dia sangat. Saya hormat keputusannya dan kita juga pernah berbincang mengenai hal ini. Semuanya baik-baik belaka,” katanya.
Aisyah berkata demikian menerusi video soal jawab yang memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan pengikutnya yang diajukan menerusi Instagram baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama Cupcake Aisyah?

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Cupcake Aisyah Dihenyak Kritikan Gara-Gara Anak Didakwa Bercinta Dengan Ex-Boyfriend Leona

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kawan Baik Sondol Ex Boyfriend, Netizen Back Up Leona - “Kena Betray Dengan Bestfriend Memang Sakit”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rampas Ex Boyfriend, Syada Nasihat Netizen Jangan Masuk Campur - “Korang Bukan Sesiapa, Hanya Orang Luar…”

Dalam masa sama, Aisyah turut menjelaskan yang sungguhpun dia sedih dengan keputusan Nana, namun, dia mengerti kenapa saudaranya itu mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.
“Apabila ia berlaku, ya saya sedih, keliru. Tapi bila fikir balik, saya faham kenapa dia buat apa yang dia buat sekarang. Saya sayang dia sangat. Kita buat banyak benda bersama. Tak adil untuk dia sebab dulu, dia bersama saya hampir 24 jam sehari.
“Dia tiada masa dengan keluarga. Saya faham. Tetapi saya sayang dia. Saya doakan yang terbaik untuk dia dan bangga dengan apa yang dia buat sekarang,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai kemungkinan jika Nana bakal kembali membikin kandungan Youtube bersama, ini jawapan Aisyah: “Saya clingy dan banyak bergantung padanya sebelum ini. Tapi tahun ini dia dah masuk 26 tahun dan dia perlu start fresh.

“Kita berdua tumbuh secara berasingan. Apabila masanya tiba, insya-Allah kita akan kembali. Tetapi dia sebarang paksaan sebab saya hormat keputusannya,” ujar Aisyah.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan pengikut Aisyah bertanya mengenai kehilangan Nana yang sering berada di samping pempengaruh itu.
Terkini, Nana dilihat aktif menerbitkan kandungan menerusi saluran Youtube miliknya.
Sumber: Youtube
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On

gempak
04/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah kembali membuka mulut mengenai sengketa yang dikatakan terjadi antara dirinya dan pempengaruh Leona Azhar.
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
BorakSeeni