Belum reda isu penyebaran varian Delta COVID-19, kini muncul pula satu lagi varian dikenali sebagai Delta Plus.

Difahamkan, varian tersebut mula dikesan di Korea Selatan apabila pihak kesihatan negara itu mengesan dua kes pertama.

Menerusi laporan dikeluarkan Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), varian Delta Plus adalah sealiran dengan varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Beberapa saintis juga mendakwa varian Delta Plus mungkin lebih mudah merebak.

"Kes pertama varian Delta Plus ini mula dikesan menerusi seorang lelaki berusia 40-an.

“Menerusi rekod pergerakan, lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan terkini.

"Kes kedua pula ditemui pada pelancong luar negara," kata pihak KDCA.

Menurut laporan itu lagi, kes Delta Plus masih sedikit dan hanya beberapa negara saja dikenali pasti.

Negara tersebut termasuklah Britain, Portugal dan India.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen agak terkejut dengan kehadiran Delta Plus.

Kebanyakan mereka tidak menyangka, masih ada varian yang berbahaya daripada Delta.

“Dah macam telefon pulak, ada versi plus, ingatkan Delta dah cukup ganas.”

“Seriouslah ada versi plus pula, harap vaksin sekarang mampu lawan.”

“Hope Malaysia pantau dan sekat varian ni daripada masuk,” tulis beberapa netizen.

Sumber : CNA