Hanya tinggal 2 minggu kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-61 tetapi pelakon popular, Bront Palarae bertanya apakah satu lagu yang melambangkan Malaysia buat rakyat negara ini.

Persoalan itu mungkin dianggap suatu yang subjektif tapi mempunyai makna yang cukup mendalam untuk menonjolkan semangat patriotisme seorang rakyat yang cintakan negara.

Mungkin jika ditanya secara sepontan, pelbagai jawapan diberikan masyarakat negara ini terhadap lagu kesukaan mereka yang secara tidak langsung melambangkan negara ini pada diri sendiri.

Bront melontarkan persoalan itu di media sosial menerusi akaun Instagramnya, @bront_palarae yang ditujukan pada netizen.

Apakah SATU lagu yang melambangkan Malaysia bagi diri anda? In collab with The Star, from today until 25 Aug, tell me what song represents Malaysia to you & why. Tune in to #LaguMalaysiaKita playlist on Spotify on the 31st to see if your song makes it! https://www.star2.com/entertainment/2018/08/16/playlist-for-malaysia/

A post shared by Bront Palarae (@bront_palarae) on


Ramai netizen memberikan komen dengan jawapan berbeza antaranya lagu popular nyanyian Ella berjudul 'Standing In The Eyes' dan juga penyanyi otai, Dr Sam yang pernah menghiburkan ramai peminat dengan lagu Saya Anak Malaysia.

"Gemuruh by Faizal Tahir," kata @daertean_seroja.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @bront_palarae