Pelakon Anzalna Nasir mencuri perhatian ketika Malaysia baru sahaja panas dengan berita seorang selebriti merentas negeri hanya untuk membeli karpet.

Kemas kini di Instagram baru-baru ini yang berkongsi kegembiraannya mengenai karpet dibeli secara online telah pun mencuri perhatian pengikutnya.

“Tak lama lagi dah nak raya! Saja bagi suasana nak raya, jadi kita tukar karpet baru beli online saja,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang memuji tindakan Anzalna membeli karpet itu adalah bijak kerana tanpa perlu keluar rumah.

“Bagus Anzalna, tak perlu rentas negeri untuk beli karpet,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

“This is what we call “beauty with brain,” puji salah seorang netizen.

“Lega sis tak meLangkawi batas untuk meNilai carpet,” peril salah seorang warga maya.

Minggu lalu kecoh apabila Neelofa dan PU Riz dikecam netizen kerana ke Nilai 3 untuk membeli karpet. Mereka juga didakwa berbelanja sehingga bernilai RM10,000.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)