Dah Ready Melangkah Ke Fasa Baru? Nora Ariffin Jawab Soal Kahwin!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin tampil menjawab persoalan mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai kemunculan ‘orang baru’ dalam hidupnya.
Menurut Nora, lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) menjadi pilihannya untuk mengeluarkan versi baru kerana ia memberi banyak kenangan terutama membabitkan arwah suami, Johan Nawawi.
“Jadi, banyak ‘sentimental value’ dengan saya. Video muzik itu juga hadiah buat peminat sempena 30 tahun pembabitannya dalam industri muzik,” katanya.
Jelasnya, apa yang dilihat dalam muzik video itu mengikut konsep dan jalan cerita asal tanpa mengubah banyak versi lama.
“Dihujung-hujung ada cincin, ada bunga semua tu suprise daripada team saya.
“Saya ikut je sebenarnya. Soal cinta tu terpulang kepada penonton.
“Tema putih pula bukan melambangkan pelamin cinta, putih kan suci.” katanya sambil tersenyum.
Senyuman dan gelak tawa itu seakan memberi gambaran apa yang didakwa adalah benar.
Apapun kita doakan Nora bertemu jodoh dengan insan yang tepat!
Untuk rekod, video muzik terbaru untuk lagu Naluri (Hadirlah Kekasih) dipetik dari album ketiganya berjudul Naluri pada 1996.
Penggambaran kali ini melibatkan anak muda kreatif Raja Syahiran selaku Pengarah Video ini.
Pembikinan video muzik berkenaan turut mendapat sokongan daripada jenama penjagaan kulit dari Korea Selatan, Prettian di mana Nora turut menjadi jurucakap produk itu.
Anda boleh lihat muzik video terbaru Nora di bawah.
Sekadar info, suami Nora Johan Nawawi, yang juga komposer terkenal pada 24 Mac 2017.
Anak keduanya Alif Johan pula disahkan meninggal dunia 13 December 2019.