Pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersyukur kerana anak sulungnya, Jad Thaqif sudah boleh menguruskan jenazah.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya, setakat ini Jad sudah membantu menguruskan sembilan orang jenazah.

“Walaupun aku ada pengetahun tetapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding aku.

“Semalam dengan hari ini sahaja sudah sembilan jenazah dia mandikan. Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini. Jad rehat eh muka nampak letih tu,” tulisnya.

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya memuji kebaikan yang dilakukan Jad dan mendoakan agar anak lelaki Ajak ini menjadi anak yang soleh.

Rakan selebriti seperti Shuib Sepahtu dan Achey juga turut mendoakan perkara yang sama.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.