gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Pengasas Telegram Wariskan Harta Cecah RM65 Bilion Kepada 100 Anaknya - “Saya Tak Mahu Mereka Berbalah Selepas Saya Tiada”
HIBURAN
Janna Nick Kongsi Momen Unboxing Jam Rolex Sempena Ulang Tahun Kelahiran - “Saya Tak Tahu Nak Beli Apa”
HIBURAN
Astro Radio News Raih Anugerah Perak & Gangsa Laporan Radio Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024 MPI-PETRONAS
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Dah Setahun Kahwin, Uqasha & Kamal Tidak Merancang Untuk Ada Anak, Tapi…

gempak
Izwan Isa
20/01/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dah Setahun Kahwin, Uqasha & Kamal Tidak Merancang Untuk Ada Anak, Tapi…
Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan yang dia dan suami, dramatis Kamal Adli tidak pernah merancang untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.
Sungguhpun usia perkahwinan sudah pun menjangkau ke angka satu tahun, namun, menurut Uqasha, rezeki tentang cahaya mata diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Esa.
“Jujurnya, saya dan Kamal tidak merancang… maklumlah masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Takkan nanti datang set saya muntah-muntah.
“Bagaimanapun, saya dan Kamal tidak menolak jika diberikan rezeki. Namun, tiada perancangan dalam masa terdekat.
“Kamal pun sekarang training di Batam untuk siri baharunya di HBO,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sesi penggambaran drama bersiri Isteri Halal baru-baru ini.
Dalam pada itu, Uqasha memberitahu drama Isteri Halal merupakan drama pertamanya berlakon tanpa kehadiran Kamal selepas beberapa kali digandingkan bersama berturut-turut.
“Ya, drama ini merupakan drama pertama saya tanpa Kamal. Agak janggal sedikitlah… sebab sebelum ini kalau ada apa-apa saya akan suruh Kamal cakapkan. Tapi sekarang saya kena buat sendiri, katanya lagi.
Berkenaan dengan drama adaptasi daripada siri Filipina, Legal Wife itu, Uqasha memegang watak sebagai Eyra, seorang wanita yang berusaha untuk merampas suami kepada teman baiknya sendiri.
Selain Uqasha, Isteri Halal turut dibintangi oleh Aidit Noh, Isyariana, Nazim Othman dan Amylea Azizan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Uqasha Senrose
#Kamal Adli
#Hamil
Must-Watch Video