Gara-gara terlalu ‘laser’, hos Laser Bertemu Laser Awan Ali atau Diva AA hampir menolak tetamu jemputan, pengarah kontroversi, Michael Ang ke dalam kolam mandi.

Semuanya gara-gara Micheal Ang mempersoalkan lokasi penggambaran yang diadakan di tepi kolam mandi.

Michael berkata, Diva AA sengaja memilih kolam mandi untuk dijadikan lokasi kerana mahu mengembalikan program lamanya ‘Cit Cat Azwan’.

Memang tak kering gusi melihat gelagat Diva AA dan Michael Ang walaupun kedua-dua mereka ini pernah bermasam muka ketika program Masterchef Malaysia All Stars pada 2013.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Lapan tahun berlalu, kedua-dua selebriti ini akhirnya dipertemukan di set Laser Bertemu Laser dan melupakan sengketa yang pernah berlaku di antara mereka.

Walaupun masing-masing mengaku tidak boleh mendengar nama apatah lagi bersua muka, sebelum ini.

Dalam pertemuan tersebut, Diva AA tetap bertanyakan soalan-soalan kontroversi mengenai ciapan Michael terhadap ratu etnik kreatif, Noraniza Idris, isu sorok status agama, ‘potong perut’ dan ‘anak emas Astro’.

“Kau jangan saman aku!” kata Diva AA selepas Michael menjelaskan satu-persatu kontroversi mengenai dirinya.

Jangan lupa saksikan episod terakhir Laser Bertemu Laser malam ini di di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (124), pukul 11 malam.

Laser Bertemu Laser merupakan program bual bicara santai dan spontan 8 episod yang menampilkan selebriti popular tanah air seperti Mas Idayu, Datuk Ramli MS, Datuk Seri Vida dan Michael Ang.

Bagaimanapun program ini berehat buat seketika dan bakal kembali dengan isu-isu lain lebih hangat bersama tetamu jemputan sama tidak lama lagi.

Jadi, tunggu….!

Strim ‘Laser Bertemu Laser’ menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.