Berita
“Dah Tua Baru Kenal Tangga Surau...”- Noorkhiriah Pesan Anak Jangan Jadi Seperti....
Pelakon Noorkhiriah berpesan kepada anak-anak supaya jangan jadi seperti dirinya.
Noorkhiriah terkilan kerana dia lewat untuk mempunyai kesedaran solat berjemaah di surau.
Kini, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke surau biarpun perlu membawa anak angkatnya bernama Nur yang baru berusia beberapa bulan.
“Dah tua baru kenal tangga surau..jangan jadi mcm mama ye nak.
“Maaf pada #gengsurau yang bertanya..kemana menghilang.. bukan menghilang tapi koi (saya) kan dalam tempoh berpantang..
“Insya-Allah izin Allah lepas ni mari selalu, Insya-Allah.. Apa-apa pun tabik spring kat @yatthamzah_suci. Kau hebat beb..rajin berjemaah kat masjid.. dengan 3 puteri..
“Bukan mudah yerr, aku lintang pukang, tengah solat anak baik punya port dalam telekung siapa entah.. dia boleh buat show.. terima kasih pada aunty Nor kuasa 2..sebab ada aunty nama Nor jagakan Nur junior masa koi jemaah..
“Lepas ni datang mama akan bawa buai untuk kau nak.. Duduk diam-diam sambil dengar tazkirah bila mama lupa kau tazkirahkan mama lak.. haderrrrr.
Terima kasoh Allah, akhirnya bjaya.. Aameen,” tulisnya.
Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik video sedang mendukung Nur datang ke surau.
Rata-rata pengikutnya kagum dengan kesungguhan Noorkhiriah.
Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 13 tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah, 10, dan Muhammad Yusoff, 8 dan seorang bayi angkat, Nur.
Must-Watch Video