Sembilan hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah tentu ramai yang sedang sibuk dengan persiapan termasuk menukar duit raya.
Semalam menerusi laman rasmi Facebook Penang Kini, admin telah berkongsi tips menukar duit raya daripada seorang pekerja bank.
Menerusi perkongsian tersebut, admin turut memberitahu duit raya sudah boleh ditukar bermula semalam, 14 Jun, sehingga 23 Jun ini.
Waktu pertukaran untuk setiap bank bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja dan selepas daripada waktu tersebut tidak akan dilayan.
Di bawah tips yang boleh dijadikan panduan sebelum menukar duit raya:
1) Pertukaran hanya di kaunter
Pertukaran hanya boleh dilakukan di kaunter yang disediakan, pada masa yang ditetapkan kerana sebarang booking melalui telefon, SMS, WeChat, Whatsapp dan seumpamanya tidak akan dilayan kerana kami bukan pekerja call-centre.
2) Jangan tempah pakai air liur
Tempahan pakai air liur juga tidak akan dilayan. Ayat "tukar pakai duit kau dulu" adalah ayat yang paling tidak boleh di terima dek akal kami. Harus di ingatkan bahawa banker bukan tokey-tokey kosmetik. Gaji kami hanya cukup untuk menyara anak beranak dan keluarga sahaja.
3) Tiada penghantaran di rumah
Ayat "kau bawak balik dulu, nanti aku pergi amik di rumah" juga tidak akan di layan. Risiko buat kami adalah jika duit itu hilang bukan anda mahu tanggung. Kami bukannya bekerja di Lazada yang boleh booking online atau FedEx yang boleh buat home delivery.
4) Tiada tempahan awal
Ayat "kau simpan dulu, nanti petang aku pergi ambil" juga kami tidak akan di layan. Sebab kami sudah pernah terkena. Simpan punya simpan, anda tidak muncul-muncul. Menyusahkan kami nak buat balancing petang-petang. Ingat, kami pun ada keluarga dan mahu balik awal untuk berbuka. Jangan sebab mahu menunggu anda, kerja-kerja kami akan tergendala.
5) Kawan atau sedara setahun sekali
'Kawan atau sedara musim raya' kami juga akan melayan anda seperti walk-in customer, bermakna tiada layanan VIP untuk anda. Datang ke kaunter ambil nombor dan beratur macam orang lain.
Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Ada 12 bulan Islam, tetapi kenapa anda hanya mengenali kami pada penghujung bulan Ramadhan saja? Bila masuk Syawal terus hilang buat-buat tidak kenal. Takut kena bagi duit raya kat kami ke?
6) Tiada pemintaan istimewa
Ayat "aku nak duit baru, yang keras dan ada balut pelekat Bank Negara" juga tidak akan layan. Kami akan berikan duit yang kami ada sahaja. Mahu request lebih-lebih sila berurusan dengan pegawai Bank Negara.
7) Tiada sampul lebih
Ayat "bagilah aku kertas Ang Pow lebih sikit". Masalahnya lebih sikit tu bukan dua atau tiga helai tau? Lebih sikit itu kalau boleh dua kotak dia minta. Pemintaan sebegini juga tidak akan dilayan. Kami bukan kerja di kilang cetak sampul ang pow. Perlu diingat, sampul itu diberi percuma sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami.
Memandangkan bukan anda seorang sahaja pelanggan kami dan ramai lagi sedang beratur mahukan sampul itu. Jangan pentingkan diri sendiri dan belajar untuk fikirkan orang lain juga. Sebab stok kami dapat pun tidak banyak mana. Jadi terpaksa beri sorang sikit.
Sekian. Harap maklum.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber : Penang Kini
Rozaimi Zubaidi
Thu Jun 15 2017
Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!
Pendedahan yang dibuat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ahmad Samhan berjaya mencuri perhatian ramai.
THSS: Bukan Pertandingan Fokus Nyanyian Semata-Mata, Ini Sebab De Fam Bersetuju Sertai The Hardest Singing Show
Kumpulan De Fam mendedahkan kenapa mereka memilih untuk menyertai rancangan baharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show (THSS).
Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.
Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.
RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah
RTM memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus.
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.