,
Laman Utama

Daiyan Trisha Terkilan Netizen Tuduh Ada ‘Sugar Daddy’ Taja Kemewahan - “Kenapa Bila Lelaki Berjaya, Kita Tak Ada Pun Cakap…”

Asyikin Mayudin
11/01/2023
00:55 MYT
Memiliki rumah idaman di usia muda, selebriti terkenal Daiyan Trisya mengakui berasa terkilan dengan segelintir netizen yangmengatakan dia mempunyai ‘sugar daddy’ menaja kehidupannya.
Pelakon dan penyanyi berusia 29 tahun ini menegaskan segala pencapaian yang dikecapinya itu datang daripada hasil kerja kerasnya sendiri.
“Mungkin mereka rasa saya punya pencapaian tak cukup untuk apa yang saya ada sekarang kot… saya tak tahu la mungkin mereka tak follow, tapi peminat tak pernah persoalkan.
“Sebab peminat tahu saya ini macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan la sebab saya dah kerja keras kan.
“Penat kerja, kau (netizen) cakap aku ada sugar daddy macam itu ja,,” kata Daiyan kepada Gempak.
Luah Daiyan, dia menganggap tuduhan dilemparkan itu berat sehingga menggores hati selain menunjukkan bahawa seorang wanita itu berjaya bukan disebabkan hasil usahanya sendiri.
“Ia satu tuduhan yang berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain.
“Bukan sebab usaha dia, atau bakat dia, atau cara dia membawa diri. Kenapa mesti macam tu? Kenapa bila lelaki berjaya, kita tak ada pun cakap dia ada ‘sugar mommy’.
“Saya terasa sikit la bila orang cakap macam itu tapi saya ok saja dan faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” ujarnya.
Daiyan ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.
Selain Daiyan, selebriti terkenal seperti Naim Daniel, Yusof Hashim, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut.
Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
Hiburan

Kongsi Foto Bersama Meerqeen, Teka-Teki Foto Ala Pre-Wedding Daiyan Trisha Akhirnya Terjawab

gempak
05/06/2024
09:07 MYT
Perkongsian foto memaparkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is In Your Arms” menimbulkan teka-teki orang ramai sebelum ini.
Hiburan

Perkongsian ‘My Home Is Your Arm’ Ala Pre-Wedding Tarik Perhatian Netizen, Ini Respons Daiyan Trisha - “Saya Harap Orang Suka…”

gempak
31/05/2024
00:55 MYT
Perkongsian foto memperlihatkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is Your Arm’ yang dimuat naik di Instagram menarik perhatian netizen.
Hiburan

Netizen Dah Mula ‘Unblock’ Daiyan Trisha Lepas Berani Batal Kontrak Lebih Awal Dengan Jenama Pro-Israel

gempak
17/05/2024
07:55 MYT
Selepas menerima teguran daripada netizen, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nekad membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro Israel lebih awal.
Hiburan

Dah Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa, Ada Pula Netizen Minta Daiyan Trisha Padam Gambar Tunjuk Produk Berkaitan Israel

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Kritikan demi kritikan yang diterima, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa yang didakwa menyumbang kepada Israel. Faktor penamatan kontrak itu difahamkan kerana gerakan Blockout 2024 yang sedang berleluasa serta teguran orang ramai yang dilontarkan t