Laman Utama
Dakwa Bakal Nikah Janna Nick 10 Jun, Ini Jawapan Dini Schatzman - "Saya Tak Terkejut..."
Pelakon Dini Schatzman terus bermain teka-teki apabila tidak mengesahkan atau menidakkan khabar angin yang dia dan pengacara Janna Nick bakal melangsungkan perkahwinan pasa 10 Jun ini.
Sebaliknya, Dini meminta agar semua menunggu pada hari kejadian adakah benar ia bakal terjadi.
"Jika apa yang dikatakan itu betul, maka ia (perkahwinan) akan terjadi. Kalau selepas tarikh itu tak ada apa-apa, maka tiadalah yang terjadi.
"Sebenarnya perkara ini sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lepas. Saya tak terkejut dan saya faham bahawa saya dan Janna under spotlight dan memang sudah secara terbuka menunjukkan hubungan kami.
"Jadi jika ada khabar angin mengenai perkahwinan kami tentu akan diperkatakan. Ibaratnya dari api kecil ia boleh menjadi marak cepat bila di dalam industri," katanya kepada Astro Gempak.
Dini ditemui selepas Pelancaran Treler dan Poster Filem Malbatt Misi: Bakara yang diadakan di GSC, Mid Valley tengah hari tadi.
Pun begitu, Dini tidak menafikan dia ada perancangan untuk mengahwini Janna selepas menjalinkan hubungan cinta lebih empat tahun lalu.
"Perancangan perkahwinan semestinya ada sebab takkan kita nak berada dalam hubungan yang main-main...kalau bukan ke arah perkahwinan.
"InsyaAllah (perancangan perkahwinan) sebab saya tak nak lama sangat bercinta. Kami nak ke arah yang lebih baik, takkan kami dah bercinta lama tapi tak kemana," ulasnya.
Walaubagaimana pun, Dini yang juga pelakon Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu memberitahu jika sudah bersedia dia dan Janna akan mengumumkan berita baik itu kelak.
"Kalau benar terjadi saya akan beritahu semua orang. Jika tak, ia tak terjadi.
"Buat masa sekarang tiada apa (persiapan), saya tak sibuk sangat, saya okey," ujarnya.
Desas-desas pelakon pasangan ini bakal mengakhiri zaman bujang semakin hangat dikatakan apabkka bakal bernikah pada 10 Jun ini.
Tambah menyakinkan, kedua-dua selebriti itu difahamkan memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi hari bersejarah mereka.
Must-Watch Video