Skip to main content

Berita Tempatan

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar - KDN

gempak-main-image_9.png

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan telah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

"Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu," katanya ketika sidang akhbar di Jitra pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia yang didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.

Terdahulu, Saifuddin Nasution tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, dekat sini bagi meninjau keadaan mangsa banjir.

Jelas Saifuddin, kerajaan memberi jaminan berkenaan integriti data terutamanya melibatkan maklumat penduduk di negara ini.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement