Berita
Dakwaan Tak Mahu Cuci Najis Anak Kerana Jijik Itu Tak Benar! - Kareena Kapoor
Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak pandai menjaga anaknya, Taimur Ali Khan Pataudi.
Menurut laporan Pinkvilla, Kareena didakwa tidak mahu mencuci najis Taimur kerana menggangap perkara itu sebagai jijik dan menyerahkan urusan tersebut kepada dua pengasuhnya.
"Dakwaan yang diberikan ini tidak benar kerana Taimur adalah anak saya.
"Saya tidak pernah rasa jijik dengan najis Taimur malah hampir setiap hari saya akan membersihkannya.
"Saya juga akan melakukan perkara yang sama seperti ibu lain cuma jika saya menjalani pengambaran, dua orang pengasuh saya akan membantu untuk menjaga Taimur.
"Malah perkara itu juga dilakukan oleh Saif Ali Khan dan saya berharap agar orang ramai menghormati kehidupan saya, jangan keluarkan kenyataan yang tidak benar," katanya.
Taimur yang kini sudah berusia 9 bulan adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.
Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.
Sumber: Pinkvilla.com
Must-Watch Video