HIBURAN
"Dalam Bulan Ramadan Penuh Barakah Ini Semuanya..." - Farid Kamil & Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu
Akhirnya kemelut rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi berakhir dengan perceraian pada Isnin.
Proses perceraian mereka dapat diselesaikan secara baik tanpa ada persengkataan lagi.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, telah melafazkan talak terhadap Diana Danielle di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mereka berdua kelihatan tenang ketika keluar dan jalan bersama selepas lafaz dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” katanya kepada Gempak.
Turut meluahkan rasa syukur, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson memberitahu kini mereka lebih memberi fokus kepada urusan membesarkan dua cahaya mata.
Malah dia juga tidak melihat perpisahan ini sebagai alasan untuk bermusuhan dengan Farid.
“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik.
“Yang penting untuk kebaikan anak-anak” ujarnya.
Selepas bertemu media mereka juga sempat berbual dan saling bersalaman antara satu sama lain.
Malah Farid turut mengucapkan selamat tinggal kepada Diana ketika bekas isterinya itu meninggalkan mahkamah.
Ini merupakan kali ledua Farid melafazkan talak satu terhadap Diana.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Must-Watch Video