HIBURAN
Dalam Fasa Bahagia Bersama Suami Baharu, Sharifah Sakinah Tetap Anggap Diri Ibu Tunggal - “Anak Saya Tak Panggil Dia…”
Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia kini berada dalam fasa bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya.
Anggap ibu tunggal
Bagaimanapun Sakinah tetap berasakan apa yang terbaik dalam kehidupannya adalah dirinya sendiri selain masih menganggap dia ibu tunggal biarpun sudah berkahwin baharu.
“Saya gembira tetapi saya takkan cakap dia yang terbaik untuk saya sebab yang terbaik untuk saya adalah diri saya sendiri.
“Saya masih lagi memanggil diri saya sebagai ibu tunggal. Anak saya pun tidak memanggilnya dengan panggilan bapa, kami perlu tahu batas masing-masing,” kongsinya.
Pelakon drama Curang Tanpa Niat berkongsi perkara itu ketika ditemu bual oleh sebuah program hiburan baru-baru ini.
Beri komitmen
Dalam pada itu, Sakinah turut berkata, dia dan suami mempunyai fokus dalam kehidupan serta kerjaya masing-masing namun tetap memberikan komitmen terhadap rumah tangga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah Jawab Dakwaan Melibatkan Minuman Keras - “Kalau Kita Nak Buat Jahat, Tak Perlu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam Diam, Sharifah Sakinah Dedah Sudah Bernikah Kali Ketiga - “Saya Mohon Maaf Kerana…”
“Seperti biasa saya masih lagi aktif berlakon. Walaupun hubungan kami jarak jauh namun kami berdua ada visi dan misi masing-masing. Tetapi kami kena berkorban.
“Bila berlakon saya akan duduk di sini dan fokus seratus peratus… dia pun ada banyak kerja. Sebab itu kami tak ada masalah untuk percaya antara satu sama lain. Alhamdulillah ini adalah jodoh,” ujarnya.
Sebelum ini, Sakinah mendedahkan dia telah kembali berumah tangga, namun memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai identiti dan butiran perkahwinannya itu.
Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan bercerai pada 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, yang kini berusia 8 tahun.
Selepas itu, Sakinah kembali bertemu jodoh dengan lelaki warga Sweden, Michael Hansen pada 2021, namun hubungan itu juga berakhir dengan perceraian.
Must-Watch Video