Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin tidak menafikan dalam rumah tangga setiap pasangan pasti ada kalanya tidak bersependapat.
Namun Siti Nurhaliza berkata apa juga perbalahan yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Malah, penyanyi Anta Permana itu yakin sekeras mana pun seorang suami itu pasti dapat dilenturkan dengan kelembutan isteri.
“Dalam rumahtangga pasti ada tak sependapat tapi akhirnya pasti ada penyelesaian.. hahahaha..
“Saja ja kita dok asah langkah silat, silat suami isteri katanya..
“Sekeras mana suami pasti dapat di lenturkan dengan kelembutan si isteri.. betul kannn?” Tulisnya.
Siti berkongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Siti yang kini sedang bercuti memuat naik fotonya sedang bersilat bersama suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K di tepi sebuah pantai.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata setuju dengan kata-katanya serta suka melihat kemesraan pasangan itu.
Siti dan Datuk mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan selepas 11 tahun mereka dikurniakan seorang cahay mata Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.