Laman Utama

“Dalam Serba Tak Kena Nak Bentuk Watak…” - Good Job Zarynn Min! Ramai Yang Love Aunty Baby

gempak
Mya Amri
13/05/2022
07:56 MYT
Sponsor Banner
“Dalam Serba Tak Kena Nak Bentuk Watak…” - Good Job Zarynn Min! Ramai Yang Love Aunty Baby
Watak Aunty Baby dalam drama popular Dendam Seorang Isteri kini menjadi salah satu karakter kegemaran penonton.
Dilakonkan oleh pelakon hebat Zarynn Min, karakter baby dilihat sangat menjadi dan berjaya menambat hati penonton.
Namun disebalik kesempurnaan karakter istimewa baby sebenarnya terdapat kegusaran sebelum Zarynn melakonkan watak tersebut.
“Bermula 24 Disember 2021, dalam serba tak kena macam mana nak bentuk watak baby yang subtle, manja bertempat, bijak akalnya.
“Menyedarkan masyarakat serta baik hati yang dipupuk supaya dalam masa sama baby mampu menyampaikan kesedaran pada penggemar drama melayu / umum indahnya golongan istimewa seperti baby,” kongsinya di akaun Instagram.
Bagaimanapun, Zarynn berjaya membawakan watak aunty baby dengan begitu cemerlang!
Menerusi hantaran yang sama, Zarynn juga berterima kasih kepada team produksi dan juga para pelakon yang menjayakan Dendam Seorang Isteri.
“Hampir lima bulan bekerja dengan dua team yang sama hebat dari sudut pengarahan, pengolahan serta rakan sekerja di belakang tabir yang turut sama fokus sehingga Dendam Seorang Isteri selesai penggambaran.
“Terima kasih semua, kita sama-sama mencari rezeki. Alhamdulillah tanggungjawab kita bakal lunas. Terima kasih, ada rezeki kita kerja lagi,” tulisnya.
BACA: “Aku Penatlah Baby Ni, Comel Sangat” - Aunty Baby Nak Try Syafik, Ramai Pula Yang Restu
Saksikan Dendam Seorang Isteri menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Pada yang terlepas, drama ini juga boleh ditonton di Astro Go dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live