,
Watch

Dapat hadiah Toyota AE86

Public Anonymous User
31/03/2018
02:23 MYT
Kesan dari animasi kartun permotoran Jepun, Initial D, nama Toyota Trueno atau AE86 melonjak naik sehingga sangat digilai dan dicari peminat sukan drift di tanah air.
Namun jentera milik Ilya Izzaini, 26, dari Kulim, Kedah yang hampir sama dengan jentera animasi itu mempunyai kisahnya tersendiri.
Betapa bertuahnya pemilik memiliki jentera ini kerana ia adalah hadiah pemberian dari bapanya yang juga meminati dunia permotoran.
Difahamkan jentera terbabit bernilai lebih RM60,000 ketika dibeli bapanya dan kini ia pernah ditawar dengan harga RM100,000 oleh peminat tegar AE86.
Bagaimanapun pemilik menolak tawaran itu kerana ia adalah hadiah paling bermakna dalam hidupnya.
Jentera yang dipaparkan pada kali ini menyalurkan kuasa 280 hp. Ia menggunakan enjin 4AGE 20V yang sudah dinaik taraf sistem kuasanya dengan pelbagai komponen berprestasi khas untuk meningkat kelajuan.
Apa yang sudah dibuat pada enjin itu. Ia menjalani proses ‘Port & Polish’ dengan menukar omboh Arias 83mm serta dipadankan ‘stroker kit’ 1,900c.
Pada masa sama, ia turut menggunakan Cam 284 int/ex, injap spring Supertech, pelapik TRD dan banyak lagi komponen berprestasi yang ditukar pada enjin berkenaan.
Bagaimanapun, enjin jentera buatan 1985 itu masih mengekalkan kotak gear asal.
Sudut dalaman jentera juga lengkap dengan ciri-ciri keselamatan di mana besi kelamatan ‘Roll Cage’ TRD dipasang di dalamnya.
Selain itu, boleh kelihatan sepasang kerusi ‘bucket’ jenama Bride dan paling menarik apabila meter kelajuan dirombak sepenuhnya menggunakan pelbagai aksesori meter tambahan.
Sementara itu, bahagian luaran jentera tampak seperti 'kembar' jentera animasi Initial D namun sedikit berbeza dengan penambahan Spoliler TRD pada bahagian belakang.
Bahagian rodanya pula menggunakan rim Longchamps 15 inci warna perak sekali gus tampak kemas dan menarik.

Baca juga

>>Mitsubishi Evolution III jana 962hp.
>>Honda Civic Type R sentuhan Spoon.
Bagi menghentikan jentera itu, ia dikuasai sistem brek TRD, manakala keseimbangan jentera untuk pengendalian dilengkapi suspensi boleh laras F-Tuned.
Biarpun jentera kelihatan seperti digunakan untuk sukan drift, namun fungsinya hanyalah untuk pemanduan santai pada hujung minggu sahaja.
Kredit gambar: IIya Izzaini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video