,
Viral

"Dapat Sebelah Pun Jadilah!" - Datang Promosi GV6, Kasut Nabil Jadi Fokus Netizen! Harga Cecah ...

Amri Hassan
07/10/2019
10:05 MYT
Sama ada anda perasan atau tidak, kemunculan Nabil Ahmad di pentas Big Stage 2019 akhir malam tadi sedikit sebanyak telah mencuri tumpuan ramai.
Biarpun hanya untuk mempromosikan rancangan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang bakal mengambil alih lokasi sama minggu hadapan, ramai sebenarnya lebih memberikan fokus pada kasut yang dipakai pengacara itu.
Kalau anda ingin tahu, kasut itu merupakan rekaan terbaharu jenama Nike yang diinspirasikan daripada kasut yang dipakai Miles Morales dalam filem Spider-Man: Into The Spider Verse tahun lalu.
Keluaran eksklusif Air Jordan 1 Retro High OG 'Origin Story' itu merupakan kerjasama jenama sneakers terkenal itu dengan Sony.
Juga kasut yang sama turut melibatkan kolaborasi bersama penyanyi rap sensasi Travis Scott. Warna 'army green' yang sama dipakai Nabil merupakan edisi yang bakal dilancarkan pada 12 Oktober nanti.
Jika ditinjau di laman sesawang yang memasarkan sneakers berkenaan, difahamkan sepasang kasut itu dijual dengan harga AS$1,890 (RM7,919).
Jadi, tidak mustahillah sneakers merah yang dipakai nabil pada malam tadi menjadi tumpuan netizen di media sosial.
"Perempuan nampak Alif Satar. Lelaki tengok pelik Nabil pakai dua tali kasut lain warna. Sneakerhead yang hanya pernah dipakai Travis Scott," tulis salah seorang pengguna.
Sneakerhead only see that Travis ? https://t.co/1maBGYWQhj— alefhaikal (@iTar_ntula) October 7, 2019 "Nak sebelah kasut Nabil tu pun okey dah," sahut pengguna lain @qishramli.
"Sukanya cara Alif Satar back up Sherry. Tetapi saya lebih kisah pasal kasut Nabil," tambah @ffarhanmzln.
"Jahat kasut Nabil ni. Berapa bulan gaji kita ni?" tulis @Hafizpade. Apapun, jangan ketinggalan untuk menyaksikan konsert pertama GV6 minggu hadapan (13 Oktober 2019) yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam pukul 9 malam.
GV6 membariskan 13 peserta antaranya Wann, Nurfatima, Mazleela, Noorshila Amin, Feeza, Sham Visa, Roy, Jatt, Ameer Sofazr, Naqiu Boboy dan Hady Mirza.
Malah, GV6 turut disertai kumpulan duo Kool dan One Nation Emcees.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

gempak
08/11/2024
02:55 MYT
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, keserasian pasangan pengacara itu bersama barisan peserta dan juri antara sebab mereka berdua masih dikekalkan.
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
Hiburan

Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil - “Kaki Saya Kejang, Lupa Nak Warm Up”

gempak
10/10/2024
08:55 MYT
Kehadiran pelakon, Fattah Amin di konti ERA bagi menyertai program santai Lumba Lari 3 Pagi Era di perkarangan Astro Bukit Jalil, ternyata mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Unitar