Laman Utama

Dapat Solat Saf Depan Dalam Raudhah, Elfira Loy Rasa Sebak; “Saya Tak Berhenti Menangis…”

gempak
Shahrin Zulkifle
22/01/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Dapat Solat Saf Depan Dalam Raudhah, Elfira Loy Rasa Sebak; “Saya Tak Berhenti Menangis…”

Pelakon Elfira Loy gagal menahan air mata apabila dia berpeluang untuk mendirikan solat di barisan hadapan di dalam Raudhah, Madinah.

Elfira yang berada di Makkah bagi mengerjakan Umrah sejak minggu lalu berkata, peluang mendirikan solat di barisan hadapan merupakan momen yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya.

Malah, bertambah seronok lagi apabila kedudukan saf yang dipilih aktres tersebut adalah di antara tiang Aisyah dan mimbar Baginda Rasulullah.

“Saya tak berhenti menangis. Rezeki Jumaat, saya tak akan lupakan hari ini dalam hidup saya. Rupanya Allah nak gantikan dengan hari yang lebih baik dan waktu yang lebih baik untuk El (Elfira) ke Raudhah. Alhamdulillah.

“Saya adalah orang yang berada di barisan hadapan, first que of Raudhah. Saya first line, saya first beratur ke Raudhah, saya solaf saf depan di antara tiang Aisyah dan mimbar Rasulullah S.AW,” katanya.

Elfira berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya itu menyifatkan dirinya sebagai ‘jahil’ apabila mendapat peluang sedemikian.

“Rasa jahil sangat bila diberi kesenangan macam ini. Alhamdulillah paling best, tiada gangguan dan tolakan solat di sini,” tambahnya.

BACA: Pertama Kali Bawa Anak Pergi Umrah, Elfira Loy Akui Mencabar; “Saya Tak Cadangkan Ibu Bapa Untuk…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024