Pelakon kacak Kamal Adli meluahkan rasa bangga apabila isterinya aktres Uqasha Senrose sanggup melakukan aktiviti mencandat sotong meskipun dalam keadaan yang tidak selesa.

Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.

“Saya sangat bangga Qasha boleh ada di sebelah saya masa kita candat sotong dalam keadaan bot yang bergelombang, lepas tu dia siap masakkan sotong segar tu atas bot, dalam keadaan tak selesa, momen tu sangat sweet pada saya.

“Itu adalah pengalaman pertama saya mencandat sotong, selalu saya tengok video adik-adik saya yang buat aktiviti candat sotong.

“Saya memang excited masa nak pergi tu, cuma bila pergi tu tak sangka waktu sotong tengah kenyang, total kami dapat tujuh ekor,” ujar Kamal ketika ditemubual.


Jelas Uqasha lagi, mengikut suami melakukan aktiviti mencabar seperti mencandat sotong cukup memberikan keterujaan.

“Sebelum ni Qasha pun tak pernah buat sebarang aktiviti memancing mahu pun candat sotong. Tapi bila dapat peluang buat aktiviti ni bersama dengan Kamal, Qasha on je.

“Tambahan pula Qasha bukan seorang yang mabuk laut. Dulu pun Qasha suka buat aktiviti island hopping,” ujarnya lagi.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.

Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)

Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.