HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Bibah Seronok Masak Bersama Tuyah, Ini Resepi Penuh Pulut Kuning & Rendang, Bubur Gandum
Program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ semakin menarik dengan pelbagai menu dan drama.
Seperti episod sebelum ini, Tuyah (Ezu Hashim) memasak dengan Bibah (Siti Elizad) dan mereka menyediakan menu utama iaitu Pulut Kuning, Rendang serta Bubur Gandum.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Pulut Kuning & Rendang
Bahan-Bahan:
- 1kg pulut
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 keping asam keping
- 200ml susu penuh krim Goodday
- 1 cawan santan
- Secubit garam
Rendang Daging:
- 1kg daging (dipotong kecil)
- 6 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dihiris)
- 3 inci lengkuas (diketuk)
- 10 batang serai (diketuk)
- 1 cawan cili boh
- 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
- 1 cawan susu penuh krim Goodday
- 1 cawan santan
- ½ cawan kerisik
- Secubit garam dan gula
Cara memasak:
Pulut Kuning:
- Rendam pulut dengan air, kunyit, dan asam keping selama 4-6 jam.
- Kukus pulut selama 20 minit, kemudian siram dengan susu penuh krim Goodday dan gaul rata.
- Tambahkan santan dan kukus lagi selama 20 minit hingga masak.
Rendang Daging:
- Tumis bawang putih, halia, lengkuas, dan serai hingga naik bau.
- Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan daging, susu penuh krim Goodday, dan santan.
- Masak dengan api perlahan hingga daging empuk dan kuah pekat.
- Masukkan kerisik, daun kunyit, garam, dan gula. Kacau sebati sebelum dihidangkan bersama pulut kuning.
Bubur Gandum
Bahan-bahan:
- 300gm gandum (direndam 2 jam)
- 100ml santan
- 200ml susu penuh krim Goodday
- 1 ketul gula melaka
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam dan gula
Cara memasak:
- Rebus gandum hingga lembut, kemudian masukkan daun pandan.
- Tambahkan gula melaka, garam, dan susu penuh krim Goodday.
- Masukkan santan dan kacau hingga pekat.
- Hidangkan panas atau sejuk.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video