HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Semakin Hebat! Sarimah & Tuyah Buat Pasta Aglio Olio Serta Puding Susu
Wah semakin pandai Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) memasak dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Seperti biasa la, Sarimah dan Tuyah akan sediakan menu utama iaitu Pasta Aglio Olio serta pencuci mulut, Puding Susu.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Pasta Aglio Olio
Bahan-Bahan:
- 250gm spageti
- 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
- ½ cawan minyak zaitun
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Cara memasak:
- Rebus spageti dalam air bergaram sehingga lembut, kemudian toskan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih hingga keemasan.
- Masukkan spageti, garam, dan lada hitam. Gaul rata dan hidangkan panas.
Puding Susu
Bahan-Bahan:
- ½ cawan susu penuh krim Goodday
- ½ cawan gula kastor
- 7gm gelatin (dilarutkan dalam air suam)
- 1 cawan krim putar
- 2 sudu teh esen vanila
Cara Memasak:
- Panaskan susu penuh krim Goodday dengan gula kastor hingga larut tetapi tidak mendidih.
- Masukkan gelatin yang telah dilarutkan, kacau sehingga sebati.
- Tambahkan krim putar dan esen vanila, kacau perlahan.
- Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dihidangkan.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video