Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengucapkan terima kasih kepada lebih 20,000 tetamu yang hadir ke majlis Kenduri Rakyat perkahwinannya dengan Bella Astillah di Kota Kinabalu.
- Majlis yang berlangsung di Padang Merdeka itu mendapat sambutan hangat walaupun hujan turun, menunjukkan sokongan padu orang ramai.
- Ini adalah salah satu daripada beberapa siri sambutan perkahwinan pasangan tersebut selepas majlis akad nikah pada 10 Oktober dan resepsi di MITEC, Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan rasa terharu dan penghargaan kepada orang ramai yang hadir memeriahkan majlis Kenduri Rakyat sempena meraikan perkahwinannya bersama penyanyi, Bella Astillah di Sabah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syed Saddiq memaklumkan lebih 20,000 tetamu hadir ke majlis yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Malah, dia turut menyifatkan sambutan luar biasa itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya dan Bella.
“Kenduri rakyat versi Sabah is fire.
“Lebih 20,000 yang hadir. Terima kasih! Kami terhutang budi ❤️,” tulisnya.
Tamnah Syed Saddiq, hujan yang turun juga menghalang orang ramai daripada terus berada di lokasi bagi memeriahkan majlis pasangan berkenaan.
“Hujan hujan pun stay lagi,” tambahnya.
Untuk rekod, majlis Kenduri Rakyat di Sabah merupakan antara siri sambutan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella yang turut meraikan orang ramai.
Pasangan itu sebelum ini mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 18 Oktober lalu, sebelum meneruskan sambutan menerusi Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Story Syed Saddiq