Skip to main content

Selebriti

Sultan Selangor Gering, Dijangkiti Virus Influenza A

Sultan Selangor Gering, Dijangkiti Virus Influenza A

Sekilas

  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, disahkan dijangkiti virus Influenza A dan kini sedang berehat untuk pemulihan.
  • Istiadat Menjunjung Duli dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dijadualkan pada 1 November ditangguhkan ke 7 November susulan keadaan kesihatan baginda.
  • Orang ramai diminta mendoakan kesembuhan baginda serta mengambil maklum tentang perubahan tarikh istiadat tersebut.
Advertisement

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah gering akibat dijangkiti virus Influenza A.

Istana Alam Shah dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan doktor peribadi yang merawat Baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng.

Advertisement

Jelas kenyataan itu, gejala jangkitan mula dikesan pada pagi Jumaat (30 Oktober), apabila baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.

"Berdasarkan penilaian mereka, baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan baginda kini beransur pulih, namun baginda masih mengalami demam.

Advertisement

“Sehubungan itu, doktor-doktor yang merawat menasihatkan agar baginda berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan baginda pulih sepenuhnya," jelas kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, susulan perkembangan berkenaan, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad (1 November), ditangguhkan ke Sabtu (7 November).

"Semua pihak yang terlibat dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh tersebut. 

"Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyeru orang ramai supaya mendoakan baginda dikurniakan kesembuhan segera serta kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement