HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Tak Kering Gusi Tengok Nayan Bantu Che Ton Masak 2 Menu, Ayam Goreng Cili Kering & Pajeri Terung
Setiap hari program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ dengan pelbagai menu dan artis jemputan yang menemani Che Ton (Sherry Alhadad) memasak.
Episod ke-10 kali ini menampilkan Nayan (Ropie) dari Hantu Kak Limah 2018 untuk bantu Che Ton masak menu Ayam Goreng Cili Kering dan Pajeri Terung.
Untuk Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula akan buat ‘dessert’ iaitu Kek Lemon Loaf yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Ayam Goreng Cili Kering
Bahan-bahan perapan ayam:
- ½ ekor ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu besar kicap pekat manis
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan untuk kuah:
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar sos tiram
- ½ cawan air
- 1 sudu besar kicap pekat manis
Bahan-bahan lain:
- Minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 2 inci halia
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 pokok daun bawang
- 5 tangkai cili kering
- Lada benggala
- Sedikit air untuk kuah
- Garam secukup rasa
Cara memasak:
- 3 ulas bawang putih hiris nipis. 1 biji bawang merah kecil, hiris nipis. 2 Inci Halia Muda di hiris nipis. 1 pokok daun bawang, asing dan simpan kan bahagian akar. Bahagian putih di hiris nipis, bahagian daun hijau potong memanjang seinci. Separauh daun bawang di simpan untuk hiasan.
- Lada Benggala potong kecil. 5 tangkai cili kering di gunting halus, kemudian rendam dengan air panas sekejap.
- 1/2 ekor ayam di perap dengan garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, 1SB kicap pekat, sedikit kicap cair, kemudian gaul sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan tempung jagung. Gaul hingga bersalut sekata.
- Untuk kuah, 1 SB tepung jagung, 2 Sb sos tiram, 1/2 cawan air, di campur. 1sb kicap pekat manis. Gaul hingga larut.
- Panaskan minyak, bila dah panas, gorengkan ayam sehingga garing.
- Gunakan sedikit minyak dari gorengan ayam, untuk tumis bawang merah & putih, kemudian masukkan halia, bila dah nak bau, masukkan cili kering. Kacau lagi. Masukkan hirisan daun bawang (warna putih). Masukkan serbuk lada hitam.
- Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sekata. Masukkan lada benggala. Masukkan bahan bancuhan tepung jagung. Kacau lagi. Tambah sedikit air lagi.
- Masukkan hirisan daun bawang. Kacau lagi. Tambah sedikit garam.
- Siap untuk di hidang.
Pajeri Terung
Bahan-bahan:
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 genggam ikan bilis
- Sedikit air
- 3 sudu besar rempah daging
- 3-4 biji terung panjang
- 1/2 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum
- cengkih)
- 1 tangkai daun kari
- 2 cawan santan cair
- gula secukup rasa
- 2-3 sudu besar kerisik
- 1/2 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
- Nota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur air
Cara memasak:
- 2-3 biji bawang merah kecil, hiris kasar. 3-4 ulas bawang putih, hiris kasar. 1 inci halia, hiris kasar. Semua bahan ini di kisar halus bersama 1 genggam ikan bilis.
- 3-4 biji terung belah 4.
- 3 Sudu besar rempah kari daging bancuh dengan sedikit air.
- Panaskan minyak tumis bahan kisar halus. Masukkan rempah 4 sekawan. Masukkan daun kari 1 tangkai. Masukkan Rempah Kari. Tumis sehingga pecah minyak. Tambah sediki air. Ulang proses ini sekurang-kurangnya tiga kali.
- Bila warna dah berubah menjadi gelap, masukkan 2 santan cair. Masukkan terung. Masukkan sedikit gula. Tambah kan sedikit lagi santan pekat. Masukkan 2-3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam (jika perlu).
- Siap untuk dihidang.
Kek Lemon Loaf
Bahan:
- ½ cawan mentega (suhu bilik)
- ¾ cawan gula
- 2 telur saiz besar
- 1 ¼ cawan tepung
- Sedikit garam
- ¼ cawan Goodday full cream milk
- ¼ sk baking soda
- ¼ sk serbuk penaik
- ½ cawan greek yougurt
- 1 sk vanilla essence
- ½ lemon zest
- 2 sk jus lemon
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video