HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Tuyah Ada Tetamu Istimewa Untuk Bantu Masak Ayam Vindaloo & Puding Susu Pisang
Penuh dengan drama dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, Sarimah (Zarina Zainoordin) tak ada tapi ada pengganti iaitu Bibah (lakonan Siti Elizad).
Tapi tetap la memasak bersama Tuyah (Ezu Hashim) memasak dan mereka menyediakan menu utama iaitu Ayam Vindaloo serta pencuci mulut, Puding Susu Pisang.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Ayam Vindaloo
Bahan-Bahan:
- 500gm cili boh
- 1 sudu besar lada hitam
- ½ sudu besar biji sawi
- 1 ½ biji bawang merah (dihiris)
- 6 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 1 ½ sudu besar jintan putih
- 1 ½ sudu besar ketumbar
- 10-12 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dihiris halus)
- 3 biji tomato besar (dicincang)
- ½ cawan susu penuh krim Goodday
- ½ ekor ayam (dipotong kecil)
- 1 cawan beras basmathi
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis biji sawi, bunga cengkih, buah pelaga, jintan putih, dan ketumbar hingga naik bau.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan tumis hingga keperangan.
- Masukkan cili boh dan lada hitam, kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan tomato yang telah dicincang dan biarkan ia hancur serta pekat.
- Masukkan ayam, susu penuh krim Goodday, dan sedikit air jika perlu.
- Masak hingga ayam empuk dan kuah pekat.
- Hidangkan bersama nasi putih dan dhal.
Puding Susu Pisang
Bahan-Bahan:
- 7gm agar-agar
- ¼ sudu besar garam
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung jagung
- 65ml santan
- 500ml susu penuh krim Goodday
- 6 biji pisang masak (dilenyek)
Cara masak:
- Masukkan agar-agar, gula, dan garam ke dalam periuk bersama air. Masak sehingga larut.
- Tambahkan santan dan susu penuh krim Goodday, kacau perlahan.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga pekat.
- Tambahkan pisang yang telah dilenyek dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video