HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Tuyah, Bibah Masak Mac & Cheese Pula, Siap Ada Pencuci Mulut Bubur Pulut Hitam
Pelbagai drama yang disajikan dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, Bibah (lakonan Siti Elizad) bersama Tuyah (Ezu Hashim) akan memasak menu utama iaitu Mac & Cheese serta pencuci mulut, Bubur Pulut Hitam.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Mac & Cheese
Bahan-Bahan:
- 3 batang sosej (dihiris)
- 200gm makaroni
- 100gm keju cheddar merah (diparut)
- 100gm keju mozarella
- 200ml susu rendah lemak Goodday
- 100gm mentega
- Secubit garam
- Secubit gula
- Secubit lada hitam
- Secubit serbuk paprika
Cara memasak:
- Rebus makaroni sehingga lembut, kemudian toskan.
- Cairkan mentega dalam periuk, kemudian masukkan susu rendah lemak Goodday.
- Masukkan keju cheddar dan keju mozarella, kacau hingga keju cair.
- Tambahkan garam, gula, lada hitam, dan serbuk paprika.
- Masukkan makaroni dan sosej, kacau hingga sebati.
- Hidangkan panas atau bakar sebentar untuk permukaan yang lebih garing.
Bubur Pulut Hitam
Bahan-Bahan:
- 300gm pulut hitam
- 100ml santan
- 200ml susu rendah lemak Goodday
- 1 blok gula melaka
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Secubit gula
Cara masak:
- Rendam pulut hitam selama 4 jam atau semalaman.
- Rebus pulut hitam bersama daun pandan sehingga lembut.
- Masukkan gula melaka dan kacau hingga larut.
- Tambahkan santan, susu rendah lemak Goodday, dan secubit garam.
- Masak dengan api perlahan hingga pekat.
- Hidangkan panas atau sejuk.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video