HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Tuyah Masak Dengan Bibah, Ini Resepi Ayam Percik Kelantan & Thai Milk Tea
Program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ semakin menarik dengan pelbagai menu dan drama.
Seperti episod sebelum ini, Tuyah (Ezu Hashim) memasak dengan Bibah (Siti Elizad) dan mereka menyediakan menu utama iaitu Ayam Percik Kelantan serta minuman segar, Thai Milk Tea.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Ayam Percik Kelantan
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
Garam secukup rasa
¼ cawan susu penuh krim Goodday
Bahan untuk kuah:
- 6 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering (direndam dan dikisar)
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan susu penuh krim Goodday
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Gaul ayam dengan bawang putih, bawang merah, halia, garam, dan susu penuh krim Goodday. Perap selama 1 jam.
- Bakar ayam separuh masak di atas bara atau ketuhar.
- Untuk kuah, tumis bawang putih, cili kering, dan serai hingga wangi.
- Masukkan santan, susu penuh krim Goodday, asam keping, garam, dan gula. Masak hingga pekat.
- Sapukan kuah pada ayam dan bakar lagi sehingga ayam masak sempurna.
- Hidangkan bersama nasi panas.
Thai Milk Tea
Bahan-bahan:
- 10gm teh Thai
- 1 liter air
- 200ml susu pasteur Goodday
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 4 sudu besar gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- Secubit garam
Cara memasak:
- Rebus teh Thai dengan 1 liter air selama 5-7 minit, kemudian tapis.
- Tambahkan gula perang dan susu pekat manis, kacau hingga larut.
- Masukkan esen vanila dan secubit garam, kacau sebati.
- Biarkan teh sejuk, kemudian tambahkan susu pasteur Goodday sebelum dihidang bersama ais.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video