Pelakon Datuk Fizz Fairuz menegur pihak hospital kerana kurang berhati-hati ketika merawat anak bongsunya Nur Afrina Ayra yang dimasukan ke hospital semalam.
Fizz mendakwa tangan anaknya yang berusia setahun keluar darah dengan banyak ketika pihak hospital hendak memasukkan jarum atau branula ke tangan anaknya.
Selain itu, Fizz juga turut meminta agar pihak hospital tersebut berhati-hati ketika mengendalikan pesakit.
“Allah sedih papa tengok adik Ayra kena cucuk tangan,tapi dia still okay. Budak dia tak tahu apa kan, so nangis jelah.
“Tapi darah banyak siang tadi nak salahkan siapa? Careful bila handle patient ya... Hehehehe.. Adik mama jaga ok, papa pergi work jap.. After 2 days papa balik k” tulisnya.
Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik foto anaknya itu yang berada di wad.
Arya dimasukkan ke hospital selepas kedua-dua kakaknya, Nur Afrina Arianna dan Nur Aurora baru sahaja dikeluarkan dari wad kerana jangkitan denggi.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar anaknya segera sembuh selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti anak Fizz.
Fizz mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datin Almy Nadia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.