Laman Utama

Darah Keluar Dari Dalam Mata, Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Cover Buku - “Hujung Mata Koyak, Ada Cornial Abrasion”

gempak
Mya Amri
11/03/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
Darah Keluar Dari Dalam Mata, Anak Hafizul Kamal Cedera Kena Cover Buku - “Hujung Mata Koyak, Ada Cornial Abrasion”
Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak keduanya, Sara Erina cedera di bahagian mata.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja memaklumkan Sara tercedera akibat terkena cover buku.
Kecederaan itu menyebabkan Sara mengalami koyak di bahagian hujung matanya.
“Sekelip mata je jadi. Terkena cover buku. Maka menangis jugalah maknya terkejut darah keluar dari dalam mata.
“Jumpa doktor, hujung mata adik koyak dan ada cornial abrasion.
“Ada temu janji sekali lagi dengan doktor, harap tak ada benda yang perlu dijahit dan tak perlu kita berkampung di hospital,” tulisnya.
Berkongsi mengenai perasaannya, Mieja memberitahu dia berasa takut sekiranya sekiranya kejadian itu berulang lagi.
“Banyak kerja tertangguh. Maaf sangat, rasa macam tak nak tengok phone, tak nak buat kerja dan nak tengok adik Sara 24 jam sebab takut benda sama jadi lagi,” maklumnya.
Mieja dah Hafizul mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.
Selain Sara, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Raisya Amanda yang dilahirkan pada 25 Oktober 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live