,
Laman Utama

Dari Dungun Ke Eropah! Selamat Maju Jaya Safawi Rashid!

Hanafis Haris
26/08/2020
02:24 MYT

Selepas kejayaan penyerang muda Luqman Hakim Shamsudin beraksi di liga utama Belgium, kini muncul satu lagi berita gembira membabitkan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid.

Safawi kini dikatakan telah menerima 'lampu hijau' untuk melebarkan sayap beraksi di pentas Eropah..

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di Instagram semalam.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya.

Posting berkenaan turut menarik perhatian pemilik kelab JDT sendiri iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memberi respon mengenai situasi terbabit.

“Kelab akan lepaskan selepas habis liga.

“All the best Safawi! Terengganu bangunkan Safawi, JDT pula mengubah Safawi menjadi bintang.

“Selamat maju jaya,” katanya.

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

gempak
02/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang apabila sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Legenda JDT’ mengenai pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024, baru-baru ini.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

Final Piala FA: Juara Milik JDT! Pertahan Kejuaraan Selepas Belasah Selangor 6-1

gempak
24/08/2024
15:50 MYT
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.
Sukan

Final Piala FA: "Bukan Sebab Saya Bekas Pemain JDT, Tetapi..." – Ini Ramalan Juara Zaquan Adha

gempak
24/08/2024
06:53 MYT
Perlawanan malam ini juga turut mendapat perhatian bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
BorakSeeni