Figura dengan nama Ezurin Khyra telah lama mempunyai satu label dalam kalangan khalayak yang mengenalnya.
Beliau diketahui hidup dalam dunia royalti, mewah serba serbi dan populariti yang dikecap sejak memegang predikat seorang model di zaman remajanya sehingga bergelar ibu lima cahaya mata tidak pernah mahu menjauh dirinya.
Apa lagi kini gelaran sosialit membuat khalayak meletakkan persepsi Ezurin adalah seorang wanita yang harus dilayan kehidupannya dengan serba berkelas.
Tapi, mohon buang jauh jauh persepsi yang kurang betul itu. Hal ini kerana buat pertama kalinya, secara eksklusif The House berjaya menyorot sisi lain kehidupan Ezurin yang jauh dari semata mata glamor.
Menjadi 'Queen' di program The House musim keenam, Ezurin bersama lima cahaya matanya serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi berjaya keluar daripada zon selesa.
Di The House, mereka menyahut cabaran itu hidup secara sederhana dan meninggalkan sebentar realiti kehidupan royalti mereka.
Mampukah Ezurin dan lima cahaya matanya yang sejak lahir sudah hidup dengan bergelimang kemewahan bertahan?
Semua jawapannya hanya di The House, satu satunya program yang berjaya memecahkan skeptikal khalayak tentang betapa seorang Ezurin barangkali tidak mampu hidup seperti masyarakat biasa.
Jadi jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusi menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.