Laman Utama

Dari Ejek Mengejek Sampai Bertumbuk, 5 Termasuk 3 Wanita Yang Ditahan Kantoi Dadah

Gempak
15/07/2021
08:43 MYT
Kecekapan pihak berkuasa menahan tujuh individu yang terbabit dalam pergaduhan yang tular di Jalan Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin bagai mendapat 'durian runtuh'.
Hal itu lantaran lima daripada tujuh individu yang ditahan termasuk tiga wanita yang ditahan didapati positif dadah.
Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Kota Bharu dan Pasir Puteh pada petang semalam serta malam tadi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kesemua mereka berusia 19 hingga 46 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lima daripada mereka termasuk tiga wanita positif dadah dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dua daripada mereka pula memiliki rekod jenayah bersabit dadah dan jenayah.
"Polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza untuk siasatan kejadian pergaduhan yang tular sejak kelmarin," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Kelmarin, tular sebuah video berdurasi tiga minit 37 saat memaparkan kejadian pertengkaran mulut antara mangsa berusia 30 tahun dengan beberapa individu sebelum mangsa dibelasah.
Berdasarkan rakaman video yang tular sejak Selasa lalu, mangsa dilihat bertengkar dengan seorang wanita yang memakai baju bercorak bunga kuning merah dalam kejadian kira-kira jam 5 petang.
Bagaimanapun, lelaki itu meluru ke arah kereta dinaiki wanita terbabit dan menendang bahagian hadapan, menyebabkan pemandu dan beberapa penumpang dalam kereta Perodua Alza itu turun.
Kelihatan pemandu kereta terbabit hendak menyerang lelaki berkenaan, tetapi dihalang oleh beberapa orang awam yang berada dan menyaksikan kejadian itu.
Namun pergelutan terus terjadi sehingga membabitkan penumpang wanita serta orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Kredit Foto: Harian Metro & video tular di laman sosial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

gempak
26/07/2024
09:29 MYT
Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkaitan kenyataan yang membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh anaknya.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

gempak
26/07/2024
03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme iru, Disember lalu.
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.