Pelakon Syatilla Melvin memaklumkan neneknya, Che Puteh Zakaria telah dipanggil ilahi semalam.

Menurut Syatilla neneknya pergi dengan indah sekali apabila sempat mengucap kalimah shahadah.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria atas dunia ni.

“Berakhir dengan kalimah LAILAHAILALLAH di mulut, indahnya kematian Tok ya Allah,” katanya.

Syatilla berkongsi berita duka itu di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan Syailla dan adik beradiknya sempat pulang ke kampung untuk menatap wajah neneknya kali terakhir.

“Mohon sedekahkah alfatihah untuk Tok saya? Dari kecik sampai besar memang hidup dengan Tok saja

“Kami dalam perjalanan balik peluk cium Tok ni,” beritahunya lagi.

Syatill yang berasal dari Parit Buntar Perak merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Tiga daripada adik beradiknya semua berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu Datin Seri Syafiqa, Syifa dan Syida.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)