Laman Utama
“Dari Kecil Tak Ada, Teringin Rasa Macam Mana Kasih Sayang Ayah” – Luahan Mawar Rashid Buat Ramai Sebak
Pelakon, Mawar Rashid meluahkan isi hatinya yang mengimpikan kasih sayang seorang bapa.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Mawar mendedahkan dia kehilangan bapa sejak kecil dan dibesarkan oleh ibu kesayangannya.
“Dari dulu selalu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mertua. Tapi Allah S.W.T tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah tak ada.
“Mawar dari kecil dah tak ada ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu. Sebab tu mummy Mawar garang naw-naw.
“Teringin jugak nak rasa macam mana dapat kasih sayang dari seorang ayah… Tapi sekarang Mawar doa dan usaha agar Mawar dapat masuk syurga. Sebab nak jumpa arwah papa Mawar dan arwah ayah mentua Mawar, bapak,” coretnya.
Menerusi coretann yang sama, Mawar juga turut mengucapkan selamat hari jadi buat arwah bapa mentua dan mengirim doa sebagai tanda rindu.
“Happy birthday bapak… Bapak tak sempat tengok Rafael dan Cinta. Kalau bapak ada, mesti bapak manjakan dua si Radens ni. Tak tahu kenapa tapi saya rasa macam sangat-sangat rindu. Al-Fatihah,” coretnya.
Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Raf juga dikurniakan dua zuriat hasil perkahwinanya yang terdahulu iaitu Rayyan dan Raysaa.
Must-Watch Video