Drama Dendam Seorang Isteri sememangnya menguji tahap kesabaran penonton setianya.

Lebih-lebih lagi dengan perangai watak antagonis iaitu Kirana lakonan Nad Zainal, fuh ini memang tak payah cakaplah.

Gaya dan mimik muka Kirana sahaja sudah cukup membuatkan penonton menyampah. Eh bukan penonton setia je tau malah netizen juga sudah meluahkan berbakul-bakul makian di media sosial.

Terbaharu, kali ini nampaknya nasib tidak menyebelahi Kirana apabila ibu mentuanya Datin Mona membuat sesuatu di luar jangkaan.

Kalau sebelum ini hanya penampar diberikan kali ini tidak ya! Datin Mona dah upgrade, dia telah menendang Kirana kerana terlalu benci.

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Bak kata orang, sesuailah! Ini baru buku bertemu ruas kan?

Klip video pendek yang dikongsi Nad Zainal menerusi akaun Instagramnya itu menerima reaksi netizen yang rata-ratanya berpuas hati dengan kejadian itu.

“Baru kau tahu Kirana macam mana Amira kena dulu, sekarang kau rasakanlah Kirana,” komen @nur_shahida07.

“Padan muka! Huh,” tulis @miszayunii

“Tendang je sampai keluar pintu,” coret @__ckpya

Saksikan Dendam Seorang Isteri secara ekslusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin Hingga Jumaat, jam 6 petang.

Pada yang terlepas boleh juga ditonton di Astro Go dan On Demand.