,
Laman Utama

Dari Penari Kini Bergelar Rapper! Kowachee Tampil Dengan Single Pertama

Asraf Aided
21/03/2021
03:30 MYT
Putri Armani atau lebih dikenali sebagai Kowachee bukan satu nama asing dalam industri hiburan.
Sudah tentu anda kerap melihat kanak-kanak ini menari dalam pelbagai program TV, salah satunya Dansa Dan Sing.
Tahun lalu, Kowachee melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai juara dalam Ceria Megastar.
Terbaru, penari berbakat ini menceburkan diri dalam bidang nyanyian menerusi single debutnya berjudul PAP TAPOM.
Single ini dihasilkan ditulis oleh produser muzik terkenal, Bryan B bersama Sophia Liana.
Selain itu, Kowache yang kini berusia 12 tahun merupakan artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia.
"Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah saya bekerjasama.
“Dia baru berusia 11 tahun ketika merakam lagu tersebut dan saya masih terfikir betapa berbakatnya dia. Hanya beberapa orang saja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur, dan Kowachee adalah salah seorang daripada mereka," kata Bryan.
Sophia selaku mentor rap kepada Kowachee, menambah bahawa mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee.
"Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapa anda nikmati, dan yang paling penting, yang mencerminkan tenaganya yang bersemangat," kata Sophia.
Sementara itu, Kowachee menjelaskan minatnya dalam rap adalah setara dengan dunia tarian.
"Kebanyakan orang mengenali saya sebagai seorang penari, tetapi sebenarnya saya juga suka rap sebanyak mana saya suka menari dan membuat persembahan di atas pentas.
"Kami memutuskan untuk memilih PAP TAPOM sebagai single pertama kerana bunyinya mengingatkan saya pada satu permainan yang biasa kita mainkan dengan tangan ketika kecil, dan ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang kita buat ketika kita menari!"
"Saya berterima kasih kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayai saya, dan untuk semua usaha keras yang dilakukan oleh semua orang.
"Saya harap semua orang akan suka lagu baru saya sepertimana saya suka membuatnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia!" katanya.
PAP TAPOM kini boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, YouTube Music dan Deezer, sementara video lirik boleh mula ditonton di saluran YouTube KowacheeVEVO pada jam 9 malam hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?

gempak
06/11/2024
12:55 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim seakan memberi bayangan bakal muncul dengan single baharu?
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Unitar