Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dari ‘Siasatan’ Netizen, Ibu Bagi Green Light & Rezeki Tajaan Lebih RM1 Juta, Ini Kronologi Kisah Cinta Shuib & Watie

Mya Amri
23/06/2023 07:55 MYT
Nama Shuib atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengikuti perkembangan Shuib sejak bersama dengan arwah isteri kesayangan iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Keindahan kisah cinta dan alam perkahwinan Shuib bersama arwah sangat bahagia sehinggakan mereka dilabelkan sebagai pasangan cinta sejati.

Namun apakan daya, Tuhan lebih menyayangi Siti Sarah… Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat COVID-19.

Kini selepas hampir dua tahun menduda, Shuib telah bertemu jodoh bersama Watie Hanifiah.

Gempak kongsikan sedikit kronologi berkenaan pasangan Shuib dan Watie ini.

#Netizen Gali Hubungan Shuib Watie

Pada September tahun lalu, terdapat spekulasi mengatakan pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selepas netizen mendakwa Shuib dan Watie memakai persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.

#Shuib Buka Mulut

Bagaimanapun pada 11 September 2022, Shuib mengesahkan yang dia kini sedang dalam fasa berkenalan dan mengenal hati budi seorang wanita bernama Watie.

BACA: Akui Keluar Dinner Bersama, Shuib Dalam Fasa Berkawan Dengan Watie - “Anak-Anak Saya Selesa…”

Shuib juga meminta untuk mendoakan yang baik-baik, seandainya Watie merupakan jodohnya pada masa akan datang.

#Ibu Bagi Green Light

Pada awal Februari lalu, Shuib memberitahu sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya terutama ibunya, Salamiah Jalani untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menduda.

BACA: "Mak Nak Suruh Cepat, Saya Cakap ..." - Shuib, Watie Dah Dapat Restu Keluarga

Shuib juga bersyukur apabila ibunya menbuat penilaian yang positif terhadap gadis yang dikatakan sedang rapat dengannya, Watie Hanifiah.

#Shuib, Watie Bertunang

Akhirnya pada 6 Mei 2023, Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.

BACA: EKSKLUSIF: Shuib, Watie Selamat Bertunang, Bakal Diijabkabul Pada 23 Jun 2023!

Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

#Watie mengaku Shuib Lelaki Romantik

Buat pertama kalinya, Watie membuat penampilan bersama Shuib secara rasmi di MeleTOP dan kelihatan gementar ketika ditemu bual.

Malah ketika ditemui Gempak, Watie juga kelihatan malu-malu sewaktu diminta untuk mengulas mengenai Shuib.

BACA: Lagi Sebulan Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Lelaki Romantik! - "Dia Sweet, Penuh Dengan Kejutan"

Bagaimanapun Watie tetap sporting dan mengakui bahawa Shuib merupakan seorang lelaki yang romantik.

#Dedah Detik Perkenalan

Shuib dan Watie kemudiaanya berkongsi detik perkenalan mereka yang bermula menerusi media sosial.

Menurut Watie, kali pertama dia menghantar mesej kepada tunangnya adalah ucapan takziah semasa Shuib kehilangan isterinya pada Ogos 2021.

BACA: “Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah

Bagaimanapun Shuib membalas mesej tersebut selepas lima bulan.

#Momen of Truth, Perkahwinan Shuib & Watie

Hubungan cinta pasangan ini akhirnya bakal dimentrai dalam satu majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hari ini bersamaan dengan 23 Jun 2023.

Bagaimanapun tiada majlis resepsi akan diadakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

BACA: Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Dalam masa yang sama Shuib juga menyatakan rasa syukur apabila majlis pada hari itu turut mendapat penajaan mencecah lebih RM1 juta.

Selamat pengantin baru Gempak ucapkan kepada kedua-dua mempelai.

#Kahwin #Shuib SepahTu #Shuib #kronologi #Shuib Watie #Watie Hanifiah #Kronologi Cinta
;