Laman Utama

Lagi Sebulan Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Lelaki Romantik! - "Dia Sweet, Penuh Dengan Kejutan"

gempak
Mya Amri
16/05/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
Lagi Sebulan Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Lelaki Romantik! - "Dia Sweet, Penuh Dengan Kejutan"
Wanita pilihan yang juga merupakan tunang pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui sedikit gementar menantikan hari bahagia mereka tidak lama lagi.
Watie yang buat pertama kalinya membuat penampilan bersama Shuib secara rasmi di MeleTOP itu juga kelihatan gementar ketika ditemu bual.
“Buat masa sekarang ini saya rasa semua benda buat saya gementar tapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa teruja,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu Watie juga berkongsi perkara tentang Shuib yang disukainya.
“Shuib ini merupakan seorang yang sangat kelakar dan juga penuh dengan kejutan. Dia juga adalah seorang lelaki yang sweet,” ujarnya.
Sementara itu, Shuib pula ketika ditanya mengenai majlis perkahwinannya, dia berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“Alhamdulillah… Sekarang ini persiapan perkahwinan kami sudah hampir 50 peratus siap. Bila kahwin ni banyak juga benda yang perlu disiapkan.
“Gementar tu tetap ada tapi saya harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar,” katanya.
Pada masa yang sama, Shuib juga ada perasaan teruja untuk melangsungkan perkahwinan namun khuatir perasaannya itu disalah tafsir.
“Ada juga sedikit rasa teruja tetapi kadang-kadang saya takut rasa teruja saya itu disalah faham orang lain.
“Insya-Allah harap semuanya baik-baik dan dalam keadaan yang bersederhana sahaja. Semoga semua benda yang kita rancang berjalan dengan lancar. Itu sahaja yang kami harapkan,” ujarnya.
Terdahulu, Gempak secara eksklusif berkongsi berita mengenai Shuib yang telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam.
Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Tonton juga klip menarik di Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live