Pelawak Shuib memberitahu kini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya terutama ibunya, Salamiah Jalani untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menduda.
Jelas Shuib, 39, dia bersyukur apabila ibunya itu menbuat penilaian yang positif terhadap gadis yang dikatakan sedang rapat dengannya, Watie Hanifiah.
"Insya-Allah ada perancangan. Kalau ikutkan mak saya nak suruh cepat benar, saya cakap sabarlah. Sebab mak saya tu duk fikirkan Ayash, dah makin besar. Tugasnya dah selesai sebab dia yang menjaga dari kecil, Watie pun tak ada masalah, dia pernah jaga Ayash ketika demam.
"Tak tahulah bila tu... Tak pasti lagi. Kalau betul saya akan maklumkan," ujarnya ketika ditemui di majlis sidang media Kamya Fest di ibukota baru-baru ini.
Biarpun pelbagai penilaian yang dibuat netizen sejak tersebarnya gosip Shuib bersama Watie, penyampai radio dan juga usahawan itu enggan mengambil pusing akan hal terbabit.
"Mak saya yang menilai dia, bila dia menilai yang baik-baik tentang dia. Saya tahulah saya berkawan dengan dia. Sudah tentulah saya kuat untuk menyatakan insya-Allah dia okey.
"Tapi orang luar, akan tetap buat perbandingan. Itu tak boleh... (arwah) Sarah saya dah letak kat tempat paling best. Sampai hari ini pun, saya tercari-cari hari yang saya tak ingat dia, sampai hari ini.
"Saya pun boleh bercakap dengan dia, bila ada orang datang pada kita, pasti ada sebabnya, zalimlah saya tak hargai orang itu.
"Jadi, mana yang tengah ada, lagi pula emak kita boleh yakin dengan kita, itu jawapan paling besar untuk kita," tambahnya.
Kecoh sebelum ini apabila hubungan Shuib dan Watie mulai dihidu peminat apabila kerap keluar bersama-sama.
Terbaharu, Shuib dan Watie dilihat hadir berpakaian sedondon di konsert Lah Ahmad hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, Shuib menepis dakwaan bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini dan akan mengumumkan sekiranya sudah punyai tarikh kelak.
Amri Hassan
Fri Feb 03 2023


"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Slip Disc...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan
Aaron Aziz ada masalah kesihatan
![[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…” [VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-172.png?ext=.png)
[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”
Semoga DD sentiasa kuat...

“Yeay, Purple! Cantik Buat Baju Raya Ni” - Netizen Happy! Teka Tepat Warna Baju Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
Seronok main teka-teka warna baju hehehe.

“Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon
Bukan senang nak jadi usahawan.

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar - “Perlu Betulkan Yang Berkecamuk Dengan Sarah Dulu”
Semoga dipermudahkan
![[VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…” [VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-171.png?ext=.png)
[VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”
Suka tengok hubungan Datin Red & Adira.

“Sudah Tiba Masanya…” - Usia 34 Tahun, Mesut Ozil Umum Bersara Dari Dunia Bola Sepak
All the best Ozil.

Nabil Ahmad Tegaskan Tanda ‘Allah Yang Satu’ Bukan Untuk Dipermainkan - “Jangan Libatkan Agama Dengan…”
Ada betul cakap Nabil tu...

“Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Tidak Boleh” - Syamsul Yusof
Syamsul ada pilihan sendiri

13 Tahun Lagu Ramadan Datang Popular, Tompi Rakam Lagu Kerohanian Kerana Sikap Generasi Muda
Dah usia 13 tahun dah lagu tu.